Komposisi dan lirik Mikraj_Cinta

"Mikraj Cinta"

Sampel 27 saat lagu "Mikraj Cinta" yang menampilkan vokal Siti Nurhaliza pada melodi midtempo rentak dengan bunyi biola inspirasi Arab dan vokal latar di latar belakang.

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Sebuah lagu midtempo, yang diinspirasikan daripada muzik Arab di mana seorang pemain biola dari Asia Barat telah diupah untuk menghasilkan alunan suara Arab yang sebenar untuk seluruh komposisi lagu.[4][7] Digubah oleh Hafiz Hamidun[8] dan lirik lagu ini ditulis oleh Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya.[9] Digambarkan sebagai sebuah lagu “kerohanian Islam”,[7] lagu yang berdurasi selama 4 minit 37 saat.[10] Diinspirasikan daripada kisah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. semasa peristiwa Israk dan Mikraj, menurut Siti, lagu yang kemudiannya diolah semula agar ia boleh diterjemahkan sebagai “cinta yang bersifat sejagat dan kembali kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa”.[4]

Rujukan

WikiPedia: Mikraj_Cinta http://musicweekly.asia/charts/top-30-singles-char... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mesej-mik... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1139187 http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-awie-amy-sear... http://munsyeed.com/malay/2016/12/mikraj-cinta-lag... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/07/02/album-... http://www.vevo.com/watch/dato-siti-nurhaliza/mikr... http://www.bharian.com.my/node/63547 http://www.hotfm.com.my/kolaborasi-pertama-datuk-s...